Friday 22 June 2012

AKU MINTA YG BAIK..DIA BERI YG TERBAIK

ASSALAMUALAIKUM..salam JUMAAT yg mulia ini :) INSYAALLAH
kali ni entry aku nak kate simple x jgk,nak kate rumit lg la tidak..so,please rest.read carefully what i'm trying to write here :) pernah x korang rasa kecewa bile ape yg korang minta dkt parents,frens,boyfie/girlfiee xdpt??WHY?maka akn terciptalah persoalan diminda.semua tu krna ade PRO & CONTRA kalau korg dpt ape yg diinginkan..kdg2 permintaan kt xmsk akal,luar kemampuan or trlalu uptodate smpai x terfikir nak minta itu ini..kt minta kat Allah itu ini sbb ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI,MAHA PENYAYANG kat hambaNya..rezeki,nikmat ISLAM,kesihatan tu semua dari DIA.so,tlgla bersyukur.ujian & dugaan yg menimpa diri kt pn rezeki sbb tula slh 1 cara utk megurangkan dosa kt,utk kt bljr & berubah ke arh lbh baik.insyaAllah..and if Allah xberi ape yg kt minta sekalipun,mungkin ade sbb.aku pnh baca,kdg2 kt xdpt ape yg kt minta sbb permintaan kt clash dgn org lain,atau permintaan tu adalah HAK org lain..so,kena redha dgn ape yg dah ada..tp,teruskan meminta pdNYA.BUT!jgn minta perkara2 yg blh binasakn org lain/makhluk/alam ye.dosa besar..

semua ni kita minta kan??me too :) TAPI Allah xbagi.. :( KENAPA??



sbb Allah nak bagi ape yg kita perlukan BUKAN ape yg kt inginkan :) syukurlah


this is WHAT WE NEED..Allah akn beri yg terbaik n baik2 je..halalanwatoiban :) hehe

see,dri gmbr pn mst korg dh fhm kan ape yg aku cuba hurai pnjg lebar?hehe..semua yg berlaku ade hikmah.so,xperlu slhkn takdir atau pts asa jika xdpt ape yg kt inginkn dlm hidup..ALLAH HAVE CREATE THE BEST TAKDIR FOR ALL OF US...ALLAH MAHA ADIL..don't worry,keep smile..

p/s : dari tanah kita datang,kepada tanah jua kita kembali...mohon berubah skrg,jgn tunggu smpai tua sbb kita xtahu masih adakah esok utk kt..credit to FARAHINLEE
for this picture :) sekiann

Wednesday 20 June 2012

VISIT PERAK 2012 welcome de PERAK

ASSALAMUALAIKUM warga Malaysia tercinta.ade org oversea ke baca?welcome :)
ok,dh tgh tahun baru aku gedik2 itik nk buat entry.hee..sbb team BLOGGER PERAK dh ambush :D lgpun apa slhnya promosikn negeri sndri kat warganegara mahupun bkn warganegara :p ayt nk hot je.haha

actually FYI 2012 adalah TAHUN MELAWAT PERAK DARUL RIDZUAN,negeri kelahiran aku.aku lahir kat HOSPITAL BESAR IPOH 1992 :) poyo nk bgtau :p Sultan perak ialah SULTAN AZLAN SHAH ,manakala Menteri Besar ialah DATUK ZAMBRI..yg exco2,adun2 tu byk sgt.nk tau hierarki kna search GOOGLE ye.mohla teman nk cerita psl ape yg menarik kat PERAK.but!please,jgn nk banding2kn negeri2 korang ok.AKU XSUKE TABIAT mcm tu.sbb setiap negeri ade GOOD & BAD :) jom usha2,kot nnt korang nk dtg cuti2 kat perak aderla INFO berguna.
PLACE TO VISIT :
ni pic HUTAN BELUM.err,ade burung enggang je :p
GUA TEMPURUNG..owh,dear.tmpt ni ohsemm sgt deh..blh2 dtg cni cuti2 nnt.byk aktiviti menarik blh dilakukan.

TAMAN HERBA  BATU GAJAH..mcm2 pokok herba ade.blhla buat ubat.InsyaAllah..
KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH kat area Sungkai :)

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA.kwn aku ckp ni bandar sunyi.nk tau sunyi ke x,dtg tgk :P
PULAU PANGKOR ..the most femes pulau in perak..hehe.
PULAU ORANG UTAN :) jom lawat depa :p

STESEN KERETAPI IPOH PERAK..ets ade stop sini.so kemudahan tu sng la

TAMAN PAYA BAKAU DI LARUT MATANG,SELAMA

byk sgt paya bakau..sgt nature la

mempersembahkannn!!LOST WORLD OF TAMBUN,SUNWAY CITY IPOH..theme park yg superbest

berbelit tp sunway lagoon lg power..xpe,xdpt g sane g cni ok :)


pantai ni ade ombak tau..walaupun ombak palsu blhla anggap mcm OMBAK RINDU :D

sape rasa2 nk terbang blhla cuba.aku gayat woo = ='
GUNUNG LANG ..5km je dri bandar ipoh.cantik & tenang je

air terjun dri gunung..tp xblh mandi ye kwn2..haha
actually byk lg yg aku xdapek nk letak.adoi,penat den ni.kalau nak cerita,satu laptop and smpai bulan dpn lps raya pun blm tentu hbs..hehe..kalau nak tau lebih lanjut blh usha di MOH KE PERAK ye..hehe.byk info kat situ :)

PLACE TO SHOPPING :

Greentown Mall
Gerbang Malam + LOKIN /PASAR KARAT
Jusco Kinta City Ipoh
Ipoh Parade
Megoplex ,Medan Gopeng
AEON Station 18 (terbesar di asia tenggara)
MYDIN MALL Meru Raya,(Terbesar di Malaysia) 
RTC Gopeng (Pertama di Malaysia)
Taiping Mall
Pasaraya TESCO Extra Ipoh
Pasaraya TESCO IPOH
Pasaraya TESCO Station 18
Pasaraya TESCO Taiping
Pasaraya TESCO Sri Iskandar
Pasaraya TESCO Manjung
Pasaraya GIANT Tambun
Pasaraya GIANT Bercham
Pasaraya GIANT Kamunting
Pasaraya MYDIN Manjoi (akan dibuka)
Pasaraya TF-Value Mart Sungai Siput
Pasaraya TF-Value Mart Batu Gajah
Pasaraya TF- Value Mart Behrang
Pasaraya TF-Value Mart Teluk Intan
Pasaraya Billion Silibin
Pasaraya Billion Pantai Remis
Pasaraya Biliion Megoplex
Pasaraya The Store Ipoh
Pasaraya The Store Jalan Kampar
Pasaraya The Store Sungai Siput
Pasaraya The Store Kuala Kangsar
Pasaraya ENCONSAVE Jalan Kampar

yg ni pulak tmpt shopping..see,byk pasaraya kn?blhla buat shopping raya.hahaha :D so,aku yg stay kat ipoh ni selalu g mall2 d ipoh jela.kekadang gedik2 itik tu adela g lain2 daerah tu :p restoran2 segera mcm MB,KFC,MCD,TF,A&W,DOMINO,PIZZAHUT and whatsoever byk je kat cni.perak x nk kalah ok..haha..

p/s : stop!aku pnt dah type2,copy,edit,search bagai..sudah!cukupla.ape2pun,aku syg PERAK.love u sooo muchhh2 la.semoga terus kekal,aman,bahagia,indah,bersih bukan BERSIH 2.0 tu..haha..sesape yg bercuti2 di perak aku ucpkn SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH krna mengunjungi negeri teman ye :) (some info here is valuable from my friend not boyfriend :p..di blog beliau  MEOR ADZIM
terima kasih la yop)..ok,bye..salam PERAK AMAN JAYA :)

Sunday 17 June 2012

SALAM ISRAK & MIKRAJ wahai ISLAM :)

ASSALAMUALAIKUM saudara2 seISLAMku :)
27 Rejab adalah ISRAK MIKRAJ dan insyaAllah ade antara manusia2 di dunia ini yg menyambutnya dgn pnuh keislaman :) namun,sesetgh juga mungkin tidak tahu ape maksud ISRAK MIKRAJ & apa yg berlaku pd hari tersebut..golongan yg xtahu bkn shaja kanak2,remaja, atau dewasa.krna ada juga WARGA EMAS/ORG TUA2 xfaham atau xdpt mnjlskn ape itu ISRAK MIKRAJ..trmasuklah sy,maka dgn pnuh kerajinan & ingin tahu sy mula mencari2 d ruangn GOOGLE.thanks encik google n credit tu web ILUVISLAM.COM yg tlh mnjwb persoalan sy.sy copy paste d blog ini :)
jap2,kenapa aku guna bahasa baku ni?haishh = =" haha..ok2,jemput baca ye...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

p/s : terima ksh krna sudi membaca & tahniah krna anda tlh menambh ILMU yg berguna utk dirimu.INSYAALLAH..sekian :)

Saturday 21 April 2012

BEGINNER

ASSALAMUALAIKUM..with love from ALLAH,alhamdulillah,still alive :)
post ni bkn postmen yg suruh post..shima yg rajin sgt nak mengepos..haha =="
life is fun,enjoy it n state your niat BECAUSE OF ALLAH..
di bwh ada mcm2 bnda aku compress sbb mls nak buat entry baru.
kreatif?YA/TIDAK depends on you all yg tgk :) haha..xpaksa nak ckp "suke" pn :p

bibit2 cinta..haha

kartun kdg2 dpt express our feeling kn?==" err...

in class wif roomate..mcm kanak2 kn kami tp just do what u want

people always talk,buat baik ke buat jht le..mst nak POTPETPOTPET kn =="

kepala angru bird dipenggal teddy..huahuaha

bkn nak show off mkn bnda ni,tp nak bgtau first try n not bad.korg pn blh try.tp PIZZA lg knyang rasenya

DOMINO mcm2 falvour n jns pizza ade.smpai xtau nak plh dh..haha

aku rasa ini first time mkn OTAK2 IKAN..rasanya?not bad.mcm JLN2 CARI MKN plak.hee

angry bird berbadankan teddy..xde koje ni

cantik dan kreatif.dibuat dri beras warna :D like!

baju bau kedai tuu..haha.time PROMOSI KESIHATAN

nak show baju KORPORAT ke girls??haha.plg tggi ni sape?=="

hsl selongkar almari,aku reread kad raya yg dpt time skolah dlu.byk wooo.lawak bce bahasa bdk2 dlu.kih2

of coursela my sayang zakuan yg i peluk :)

matamu itu menawan hatiku.perghh!!kamu comel



ada iras x?mstila xde..I'M NOT HIS MAMA haha

comel mcm aunty dy kn :p wek!


P/S :there is nothing more grateful in the world than see the peolpe around you happy n smile like this :D this :) this ^^ haha..kn?aku tgk org senyum,ketawa,aku rasa bahagia sgt..do things u like selagi xlanggar hukum agama itu adlh bgs.org nak ckp ape,itu mulut mereka.BIARKAN.da pnt nnt berentila tu.KEEP YOUR FAITH,INSYAALLAH..DIA akn memberkatimu :) sekiannn..terima ksh krna sudi baca.tgglkn komen kalau free2 tu :D

Friday 9 March 2012

::DOA UNTUK KAMU & AKU::

ASSALAMUALAIKUM kacak..hensem..cantik..comel :)
am i fall in love or fall from bed??haha..xdela..tiba2 rasa mcm nak share sumthing LOVELY2 ckt ngn korang..mne yg dh tau,blh je baca,yg belum tau..kena tau la.. :) its for u MY ADAM..future


Ya ALLAH,jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku
maka satukanlah hatinya dengan hatiku
dan titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi...


Dan Ya ALLAH,Ya Tuhan-ku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
perkukuhkan yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya ALLAH
seandainya telah ENGKAU yakdirkan dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya
serta Ya ALLAH Ya Tuhan-ku yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya
dan Ya ALLAH yang tercinta
gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya ALLAH Ya Tuhan-ku
pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
sesungguhnya apa yang telah ENGKAU takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana ENGKAU Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya ALLAH,cukuplah ENGKAU yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
jangan ENGKAU biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat nanti...

Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang ENGKAU redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah...

AMIN YA RABBAL A'LAMIN...


 p/s :ustazah aku pnh pesan,kt kena doa minta jodoh dri at least sek.menengah lg supaya Allah dgr permintaan kt utk menemui sang putera yg baik.beriman yg taqwa pd ALLAH :) and this doa utk anda semua :) pray ok!

Monday 6 February 2012

::kisah aku bersama ETS Train::

ASSALAMUALAIKUM...senyum dulu then i say I LOVE YOU :)

ok..mlm ni saje2 nk tulis entry psl ETS Train..korg prnh naik?aku baru rasa SILVER dari sg.buloh->IPOH balik rumah baru2 ni.cuti mid sem aku nak naik lg..insyaallah :).
actually aku ade kisah sedih sgt2..seyes,terlalu sedih kalau nk story kat org.. :( smpai ble2 aku igt!
masa cuti CNY dulu aku dh beli ETS buat ptma kalinya nak naik.konon2 nk try..aku ni dhla blurr psl ETS (memandai sndri je beli) org tu g kuakn tiket yg PLATINUM iaitu plg mhl wa ckp lu..RM39 :( duit aku ok..konon2 xnk naik bas.. @_@
alkisahnya ets tu kna naik kat KL SENTRAL..jam 8.OO pagi berlepas..
aku sedih sgt2 sbb aku TERLEPAS TRAIN ETS PLATINUM tu!!wawawa..menci2!!!ptama kali trlps kenderaan balik ok!!grrr
semuanya gara2 ktm kat sg.buloh lmbt smpai,so aku jd lmbt g kl sentral.mula2,mula2 wjh aku cool.smpai je KL SENTRAL,nangis woo!!aku tawakal jela nak naik bas kat puduraya.dlm hati aku doa moga2 bas balik ipoh still ader la ..aku naik LRT g pudu.sorg2.pdhal selama ni xpna naik lrt g pudu pn..slalu aku jln kaki dri stesen ketapi lama ke pudu..(tp xler selalu sbb aku ske tumpang akk aku balik<-save duit..kih3).nasib baik ade bas lg walaupn lmbt ckt...alhamdulillah :) akhirnya dpt balik walaupn dlm keadaan lemah gemalai :(
so ble sesape tnya aku mmg aku jd sebak nk cte..seriussss..aku mnysl maybe slh aku asyik merungut je psl tiket mhl,last2 rugi btl!ampunkn aku YA ALLAH :)

ok,ni pic jadual ets HANYA DARI IPOH-KL-SEREMBAN & SEREMBAN-KL-IPOH :D
ni SILVER punya je..sbb MURAH!!RM25..tp serius,susah nk ade..cpt hbs,so beli awl2!!



p/s :so,moralnya korg tnya btl2 tiket counter psl ETS ni.jgn ckp nak beli lg.sbb dy akn offer yg mhl je dlu..lainla korg byk duit kn..blh je nk ulg alik naik PLATINUM.hehe..pastu kalau dh beli tiket ape2 jgn merungut2,nanti ALLAH tarik rezeki kt tu..ok,sekian :) tq read!



Sunday 5 February 2012

::SALAM MAULIDUR RASUL::

ASSALAMUALAIKUM..salam maulidur rasul utk muslim & muslimat :)

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


p/s :semoga baginda sentiasa berada d hati kt semua..kerana hny ada 2 pegangan yg mnjadi ikutan setiap Islam iaitu
1:AL-QURAN
2.SUNNAH RASULULLAH
...insyaallah...

Friday 20 January 2012

::JGNjdmcmMONYET & PICNIC AT HUTAN LIPUR KANCHING,RAWANG::


ASSALAMUALAIKUM..
lap2 ckt habuk kat blog ni ye,lame dh senyap :)

ape khabar semua??HEBAT!!<-soaln & jwpn utk kls EN.AKRAM ,Pengajar KPPK kls aku..
sbb aku xupdate:
*broadband mogok nk mkn penampor..haha (line kot)
* sibuk ckt almklumla baru bkk sem..baru ke?3mggu dh..
*busy dgn prsiapn JPP yg baru nk mukadimah (mula2 dh pening) @_@
*aku mls nk type sbb aku menonton cte korea_>PLAYFUL KISS!! :D
berbalik pd topik d ats,aku n member2 g berkelah kat hutan lipur kanching pd 15.1.2012 AHAD..minggu di mana sabtu tu kls ganti..fuhh,pnt ok.sbb isnin ade kls lg..haiyaa..
TAP..tapi..BEST!haha.dpt mandi air terjun walaupn tmpt tu byk monyet..yg nakal2 belaka..xsenonoh haiwan ni.ske buat maksiat dpn2 org ramai..JADI,KORG2 JGN JD MCM MONYET NAKAL TU ok :)
tmpt tu xjauh dri sg.buloh.tp sbb tersesat,dkt 2jam bru smpai..pdhal 1 jam dh blh smpai..haha.MISSCOMMUNICATION tu la jdnya.,hehe
by the way,picnic yg best.5 buah kereta join..buat BBQ aym,nasi goreng,sosej,sandwich,air grape (tu pn nk cte kn?ske ati aku lerr :p )
semua mknn d ats hostelmade ok.ktorg buat gotong royong mlm tu utk msk memasak.jimat kos :) smua pakar chef turun pdg membantu mcm kak yati,kak bani,een,wani,linda,ayu,aku,ling,alysaa,faten,aliaa n so on.ramai sgt nama nk sebut.... :)
ase cm nk knduri mlm tu..haha..ni pic2 yg korg tggu sgt kn :) hahaha ^^
wa,knape buat muka cmtu?ni sblm bertolak..hehe

 
WELCOME!!to hutan lipur kanching :)

oh!mawi perasan macho..haha!!





katering hostelmade buat BBQ aym!a.zaki ketuanya..





betapa nikmatnya duduk di bwh air terjun..sejuk woo!!haha



heikal,hamiz & mawi si buncit!!haha :p


will be miss u all :D



yg ats pn member2 ku jua..tgh usha2 aweks ke korg??^^

peace to roomate! :)




ok,this all the picture yg korg nk tgk..see,cntik kn tmpt ni..so,sape2 duk area2 slgor blh je g rawang n picnic kat tmpt ni..tp be aware sbb many monkey!!haha..
last but not least,this moment is going to keep in my mind n maybe ktorg xjmpa dh sbb after sem 4 we are going to be separate to our PLK(pusat latihan klinikal)..err,yg xde pic dy dlm ni sorry,sbb ni pic dri hp linda..
after end sem 6,dh posting maka akn terpisah lah kami semua..ermm,sad kn?tp,biasalah,tiap pertemuan ader perpisahan kn..redha :)

p/s : to all my calssmate (hayyan 1 & especially hayyan 2 )  aku syg korg sgt2 and insyaallah panjg umur jmpa lg :)
maaf kalau ade salah n silap..kahwin nnt jgn lupe jmput ye :D 
~sekian,tq~